Kematian.

Sejak kebelakangan ini, aku sering memikir tentang kematian. Aku rasa aku mula banyak pikiran sejak mendengar berita kematian orang-orang muda – seorang polis trafik yang meninggal dunia pada usia 29 tahun semasa bertugas, dan selepas itu Shea Rasol seorang blogger fesyen dari Malaysia yang meninggal dunia akibat kanser. Macam-macam soalan di dalam otakku:

Macam mana tu rasanya mati?
Macam mana tu rasanya nyawa ditarik?
Macam mana tu rasanya kesakitan kematian?
Sedangkan Rasulullah sendiri takut akan kesakitan kematian and mendoa agar dimudahkan untuk menghadapi sakratul maut.
Sedangkan Rasulullah itu maksum dan itu pun rasa kesakitan itu sangat teruk sampai Rasulullah sendiri tidak mahu ummat baginda merasainya.
Macam mana tu rasanya di dalam kubur?
Menantikan hari dibangkitkan.
Berapa lama tu agaknya harus menunggu?
Sambil menahan siksaan kubur.
Sambil menahan rasa kesal.
Sambil menahan sebak kerana tiada orang boleh membantu.
Seorang je di situ.
Pekik terlolong pun tak guna.
Tak ada orang yang akan dengar.
Tak ada orang yang akan membantu.

Dulu aku pernah kata, aku tak takut apa-apa. Tak ada fobia pada apa-apa.
Sekarang, aku ada satu fobia. Iaitu phobia kematian.
Ye, memang semua orang akan mati. Tetapi, tak sanggup aku nak menahan process kematian, dan apa yang terjadi seterusnya. Aku pernah rasa sakit. Sakit dari segi fizikal. Sampai sekarang aku masih ingat sakit macam mana. Ya Allah, tak sanggup aku hidup menderita.

Aku takut. Really, honestly, betul-betul aku cakap. Aku takut. Takut mati.

The thought of going through pain on my own, all alone, worries me. Scares me.

Sebab tu aku cuba nak berubah dan menjadi insan yang baik. Aku sangat heran akan orang yang kata mereka takut mati tapi hidup macam dia tak takut mati.

Takpelah. Aku utamakan diriku dulu. Betulkan diriku. Buat yang terbaik untuk diriku. Untuk hidupku dan untuk matiku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s